
Hibah menurut Islam adalah hadiah atau pemberian yang diberikan oleh pemilik harta kepada penerima secara percuma tanpa mengharapkan sebarang balasan. Pemberian Harta Hibah boleh diberikan kepada penerima tertentu yang dikehendaki samada ahli keluarga atau bukan dan dibuat atas dasar rasa kasih dan sayang. Hibah boleh dibuat tanpa sebarang had atau jumlah.
Hibah menurut Islam adalah hadiah atau pemberian yang diberikan oleh pemilik harta kepada penerima secara percuma tanpa mengharapkan sebarang balasan. Pemberian Harta Hibah boleh diberikan kepada penerima tertentu yang dikehendaki samada ahli keluarga atau bukan dan dibuat atas dasar rasa kasih dan sayang. Hibah boleh dibuat tanpa sebarang had atau jumlah.
Pemberian hibah mestilah dilengkapi dengan rukun-rukunnya iaitu Pemberi Hibah, Penerima Hibah, Akad (Ijab dan Kabul), berserta Harta Hibah. Hibah mestilah dilaksanakan semasa hayat pemberi Hibah. Apabila pemberi Hibah meninggal dunia harta yang telah dihibahkan bukanlah harta pusaka beliau dan ia tidak tertakluk kepada pembahagian hukum Faraid.

Hibah Mutlak
Hibah Mutlak adalah pemberian Hibah yang dilaksanakan secara serta merta dimana pindah milik harta hibah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah telah berlaku secara langsung. Semasa hayat pemberi hibah pemilikan harta tersebut telah bertukar dan didaftarkan kepada penerima. Harta tersebut bukan lagi milik Pemberi Hibah sebaliknya ia telah menjadi milik mutlak penerima hibah.
Melalui pemberian Hibah Mutlak ini, pemberi hibah tersebut telah hilang kuasa terhadap harta tersebut, Penerima Hibah bebas menggunakan harta Hibah bebas menggunakan harta Hibah termasuk menjual harta tersebut tanpa perlu meminta keizinan pemberi. Apabila penerima Hibah meninggal dunia ia merupakan harta pusaka beliau dan perlu diagihkan kepada waris-waris beliau.
Deklarasi Hibah
As-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin) menyediakan dokumen hibah yang dinamakan sebagai Deklarasi Hibah dimana ia merupakan kombinasi Hibah dan Amanah.
Kedua-dua elemen tersebut digabungkan sebagai satu instumen perancangan harta pusaka mengikut hasrat dan keperluan pemilik harta. Pemberian melalui deklarasi ini dapat menjafa kepentingan pemberi serta menjamin hak penerima hibah. ia juga memberikan flesibiliti kepada pemberi hibah untuk mengawal harta hibah selagimana beliau masih hidup.
Melalui Deklarasi Hibah ini pemilik harta boleh mengisytiharkan hasrat beliau untuk memberi harta melalui hibah kepada penerima tertentu. Pemberi Hibah akan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi hibah tersebut selagimana beliau masih hidup serta berupaya dan mampu menguruskan harta hibah.
Golongan-golongan berikut digalakkan untuk membuat Deklarasi Hibah iaitu mereka yang hanya memiliki anak perempuan sahaja dan tiada anak lelaki, memiliki anak-anak istimewa atau kelainan upaya, anak angkat, memiliki perniagaan dan berhasrat untuk memastikan kesinambungan legasi perniagaan tersebut, mereka yang ingin memberikan harta-harta tertentu kepada individu tertentu tanpa had.
Kelebihan Deklarasi Hibah ini juga ia boleh memaksimumkan pembahagian harta kepada individu-individu tersebut. Jika pemberi hibah meninggal dunia, Harta Hibah akan dipindah milik kepada penerima hibah dengan segera dan lancar tanpa bertangguh, Malah ia tidak terbeku serta tidak perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka yang rumit.
Kesimpulan
Islam menggalakan umatnya untuk melakukan hibah sesuai dengan hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aishah R.A, Nabi SAW bersabda : “Berilah hibah di antara kamu kerana Hibah membawa pergi dendam”. (Riwayat Al-Bukhari).
Dalam merancang harta pusaka, Hibah merupakan satu instrumen yang sangat baik lebih-lebih lagi dalam memastikan sesuatu harta dapat diberikan kepada individu tertentu. Tanpa perancangan serta persediaan yang betul, harta yang ditinggalkan berkemungkinan besar boleh menjadi bebanan dan masalah kepada ahli keluarga dan lebih merisaukan boleh membawa kepada perebutan dan pertelingkahan di antara satu sama lain.