RANCANG WASIAT DAN HIBAH DEMI KESINAMBUNGAN PEWARISAN ANDA
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala."
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar

WASIAT

MULAKAN PERANCANGAN HARTA ANDA HARI INI
Penulisan wasiat seharusnya perlu dilakukan mulai dari sekarang dan semasa anda masih sihat. Jangan mengambil sikap tunggu dan lihat atau bertangguh. Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menyediakan wasiat, anda boleh merujuk kepada syarikat amanah bertauliah seperti kami.
HIBAH

Pri-Hibah (Deklarasi Hibah)
Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada pemberian sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisme untuk menjamin hak benefisiari yang dipilih oleh settlor. Ianya adalah suatu pemberian.
HARTA SEPENCARIAN

Perjanjian Aset Perolehan Bersama
Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai “Harta Sepencarian“. Pasangan suami/isteri mempunyai hak masing-masing ke atas Harta Sepencarian. Namun, hak tersebut perlu dituntut melalui mahkamah. Apabila berlaku kematian salah seorang suami/isteri maka pasangan yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian ke atas bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilaksanakan.