top of page

Bentuk-bentuk Amanah

Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan :

Amanah Wasiat

iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat dan tertakluk kepada undang-undang perwarisan Islam.

Amanah Statutori

iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari yang belum dewasa samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat.

Amanah Hayat

iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah.

amanah hayat.jpg

Perkhidmatan Amanah oleh as-Salihin Trustee Berhad

Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam), Konsep Amanah menurut Islam boleh dibentuk untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan, perubatan dan saraan hidup. Amanah merupakan instrumen dan kaedah yang penting di dalam Perancangan Harta Islam.

Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Amanah yang dibenarkan oleh  Islam dan komprehensif di mana kami  akan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi harta  amanah tersebut. Amanah boleh dibentuk untuk perkara-perkara berikut:

  • Pendidikan

  • Saraan Hidup

  • Korporat

  • Kebajikan

  • Takaful / Insurans

Tanggungjawab Pemegang Amanah

Pemegang Amanah memikul tugas yang berat. Ketika melaksanakan tanggungjawabnya, ia terikat dengan peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang

(seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949).

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui."

 

Surah Al-Anfal ayat 27

Menurut Yusoff Ali di dalam komennya terhadap ayat di atas tugas Pemegang Amanah ialah untuk menjaga kepentingan orang yang hartanya dipegang dan menyerahkan semula harta tersebut serta menjelaskannya apabila dikehendaki mengikut terma-terma amanah tersebut.

© 2023 by Success Consulting. Proudly created with Wix.com.

bottom of page